Cyberalam’s Blog

Dunia Tanpa Sempadan

Rumah Terbuka

Posted by cyberalam on 20 October 2008

asal hujung minggu jer mesti ramai yang buat open house.. asal hujung minggu jer mesti jalan jem.. bayangkan ahad dan sabtu kelmarin.. jalan jem.. dari simpang karak mrr2 tu ke ulu klang.. dan di sebelahnya dari melawati sampai ke batu caves.. yang bestnya takde apa2 pun kat depan.. cuma Ahad tu ada paip pecah kat ulu klang.. kat area pembinaan Duke.. sungguh prihatin sungguh rakyat Malaysia ni..

kebetulan plak keluarga mertua aku datang hari jumaat.. tp tido umah akak ipar.. tp hari sabtu tu kena la join derang.. kalau x join kang.. x patut plak..

selalunya kalau jalan OK.. meter minyak (isi penuh) akan turun lepas mileage 150-180km.. tapi weekend baru ni.. 120km dh turun.. sib baik la rege minyak dah turun..

Posted in Semasa | Leave a Comment »

Perangkap Had Laju

Posted by cyberalam on 17 October 2008

Awas! Perangkap Laju dihadapan…

Anda sedang diperhatikan dan sekarang

anda jangan terkejut jika ternampak polis sedang buat speed trap dibawah jejambat di sepanjang lebuhraya… hanyalah sekadar gambar… yang bestnya, kalau anda bergerak dari selatan sehinggalah ke utara.. gambar polis yang sama sedang melakukan tugas. Mungkin negara kita yang pertama berjaya mengklonkan manusia..

Berhati-Hati di Jalanraya. Ingatlah orang tersayang.

Posted in Semasa | Leave a Comment »

Harga Minyak Turun Lagi

Posted by cyberalam on 15 October 2008

Bermula 16 September, harga petrol ron97 (hijau) diturunkan sebyk 15 sen kepada RM2.30 seliter. Manakala Ron92 (merah) diturunkan sebyk 10 sen kepada RM2.20 seliter. Dan diesel juga turun 20 sen kepada RM2.20 seliter. adalah dijangkakan sebanyak 30 sen lagi boleh dikurangkan selepas tempoh pemberian rebet minyak berakhir pada March 2009.

Semoga harga barangan keperluan juga akan turun sejajar dgn penurunan harga minyak walaupun ia kelihatan mustahil. Sama-sama lah kita berjimat cermat.

Posted in Semasa | Leave a Comment »

Red Guara Cafe

Posted by cyberalam on 9 October 2008

WM:RM19.80 EM:RM21.80 Bru:$11.50 Sg:$10.80

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi cyb3ralam@gmail.com

FUNGSI

1. Membekalkan tenaga berpanjangan

2. Mengatasi dan membantu pencernaan dalam sistem usus badan (mampu mengawal/mengubat penyakit cirit birit)

3. Membantu merawat NEURALGIA (Sakit urat/saraf) dan kesakitan ringan

4. Memudahkan pernafasan (boleh membantu merawat asma/lelah)

5. Membantu mengurangkan Sindrom sebelum datang haid (PMS)

6. Menguatkan otot jantung

7. Mengurangkan atau menghilangkan demam

8. Mencegah jangkitan kuman

9. Membantu mencairkan darah beku dalam salur darah

10. Sebagai anti-oksida membantutkan sel2 kanser dalam organ badan

11. Membuang air dan lemak berlebihan dalam badan

12. Membantu mengempiskan perut dengan mengeluarkan sisa toksin dari usus besar dan usus kecil dalam organ dalaman badan

13. Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual (sesuai untuk lelaki)

14. Berguna semasa puasa untuk menahan lapar

15. Sebagai penahan lapar (Membantu menurunkan berat badan berlebihan) ..minum sebelum makan

Dikomposisikan dengan 3 bahan aktif mewah utama terdiri daripada

§ Ekstrak Guarana (Paullina Cupana)

§ Ubi Bit Merah/Red Beet Root (Beta Vulgaris)

§ Yis Beras Merah/Red Yeast Rice (Monanscus Purpurues)

1. Ekstrak Guarana (Paullina Cupana)
Guarana di mana bijinya berbentuk bulat, kecil merah dan berkelompok berasal dari Amazon, Brazil. Dirujuk sebagaimana oleh dongeng kaum Guaranis.

Bagaimana Guarana Membantu:
I)meningkatkan bekalan oksigen dalam badan (pernafasan)
- saluran pernafasan iaitu bronkoil akan mengembang
- lebih byk oksigen di bawa masuk
- lebih oksigen untuk sel-sel badan

II)menambahkan kebolehan mendapatkan tenaga
- menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (glikogen) di dlm hati
- meningkatkan gula (glukosa) darah yang membekalkan tenaga badan
- tenaga untuk sel bertambah
- keseluruhannya Biomekanisme badan dipertingkatkan/diperbaiki
- menghindarkan atau mengurangkan kepenatan
- berguna semasa puasa untuk menahan lapar

III)Meningkatkan kesan hormon
- pada sel, guarana menghalang enzim (fosfodieterase) daripada menukar CAMP (pengantara maklumat ke2) kepada 5 AMP
- ia melengahkan dan meningkatkan kesan pelbagai hormon
- ini mengembalikan fungsi fisiologi badan tertentu dan meningkatkan aktiviti badan

Apa Guarana Boleh Buat?
- mengatasi kelesuan dan tenaga seksual
- membekalkan tenaga berpanjangan
- mengatasi dan membantu pencernaan (diarvhea)
- penahan lapar (membantu menurunkan berat badan)
- Neuralgia (sakit urat/saraf) dan kesakitan ringan
- memudahkan pernafasan (boleh membantu asma)
- sindrom sebelum datang bulan (PMS)
- menguatkan otot jantung
- mengurangkan atau menghilangkan demam
- mencegah jangkitan
- membuang air berlebihan
- membantu sakit kepala dan migrain
- membantu mencairkan darah
- anti oksida

2. Ubi Bit Merah/Red Beet Root (Beta Vulgaris)
Akar ubi bit merah sering digunakan oleh orang2 China dan Eropah dalam pemakanan harian memberi tenaga badan dan untuk kesihatan secara menyeluruh.

- mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
- mengandungi vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit.
- pigmen merah dalam beet didapati berkesan bertindak sebagai agen anti kanser
- mengandungi kompaun ‘Betaine’ yg sgt berkesan membantu fungsi hati
- asid nukleic dari beet menyubur dan membantu sesparasi sel
- mengandungi Beta-Carotena dan Karatenoid yg merupakan anti-oksiden
- mengandungi pelbagai galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung
- kaya dengan potassium, niasin, asid folic, zinc, magnesium, posfarus, kalsium, sulfer, fodine, besi, copper dan termasuk juga galian yg sukar didapati spt rabidum dan cesium.
- membantu menyerap nutrient2 yg diperlukan
- perangsang dan pembersih ginjal
- migrain
- buang toksid

3. Yis Beras Merah/Red Yeast Rice (Monanscus Purpurues)
Yis Beras Merah telah digunakan oleh orang2 China sejak beratus2 tahun sebelum ini. Beras Merah adalah hasil ‘fermentasi’ sejenis yis Monascus Purpureus yg selalunya sering digunakan secara tradisional oleh orang cina merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut

KANDUNGAN KOPI DALAM GUARA CAFE:
1. 70% Kopi jenis ARABICA
2. 30% Kopi jenis ROBUSTA
3. Serbuk Kacang Soya sebagai krimer
4. Gula Tebu

KAJIAN SECARA SAINTIFIK KE ATAS YIS BERAS MERAH DIDAPATI BERFAEDAH KERANA:
- kompaun2 penyekat HMG-COA reductase berupaya menurunkan kadar jumlah kolesterol.
- Bagus utk menurunkan berat badan
- ianya juga berkesan menurunkan kadar lemak degil/jahat (triglycerides)
- mengandungi belasan kompaun asli yang sama seperti dgn ubat stafin di mana dewasa ini sgt popular digunakan utk merawat masalah kolestrol berlebihan (spt jenama: Bayoal, Lescol, Lipitor, Meracor, Pravachor)
- melembutkan saluran darah yg keras
- membantu proses penghadaman yg sempurna
- sakit perut

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi cyb3ralam@gmail.com

Posted in Jual Beli | Leave a Comment »

Bidadari

Posted by cyberalam on 9 October 2008

WM:RM53.00  EM:RM58.50  Bru:$29.50  Sg:$28.50

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi cyb3ralam@gmail.com

Bidadari adalah minuman berfungsi untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagian isteri dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah seperti Madu Asli, Sirih, Akar Serapat, Kacip Fatimah, Kurma, Manjakani, Serai, Jarum Emas, Asam Jawa dan lain-lain herba terpilih

Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.

Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.

Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan.

Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.

Kurma
Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.

Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.

Serai
Kandungan `Citral’ di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.

Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.

Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid’ di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.

KEISTIMEWAAN BIDADARI

1. Membantu masalah keputihan

2. Membantu mengatasi masalah senggugut

3. Membina rahim

4. Mengecutkan rahim

5. Mengecutkan otot faraj

6. Menyempitkan faraj

7. Menguatkan sistem kemutan

8. Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif pasangan (suami) semasa hubungan

9. Menambahkan kologen dalam badan

10. Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah

11. Membantu menghilangkan bau badan dan mulut

12. Melegakan panas badan

13. Menegangkan payudara

14. Membantu merawat IQ

15. Membekalkan tenaga segera

16. Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan

CARA GUNA

1. 2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan. (Gunakan sudu plastik).

2. Selepas sebulan, minum Bidadari 3 kali seminggu untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh Bidadari sepanjang sebulan pertama pengambilannya

3. Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan Bidadari

4. BIDADARI TIDAK BOLEH DIMINUM SEMASA DATANG HAID - kerana ketika haid, rahim tengah mengembang kembang, fungsi Bidadari pula untuk kecutkan rahim

5. Lelaki dan wanita yang sedang MENGANDUNG DILARANG mengambil Bidadari.

TESTIMONI PENGGUNA BIDADARI

Testimoni 1

Saya masih belum berkahwin.Terfikir utk mencuba produk Bidadari kerana terpegun dgn pengalaman kawan-kawan. Alhamdulillah, produk ini berjaya menyelesaikan masalah keputihan yg merunsingkan saya selama ini.Terimakasih BIDADARI..

Testimoni 2

Alhamdullilah kerana Bidadari telah menyemarakkan semula perasaan saya yg semakin hambar utk melayan suami.Suami saya begitu terkejut dgn perubahan dan benar2 gembira.Payudara saya juga semakin montok .Tak sia2 saya mencuba Bidadari.Semoga rumahtangga saya semakin bahagia.

Testimoni 3

Saya seorang ibu dan mempunyai 2 orang anak. Sebelum ini saya cukup sedih bila pasangan saya komen tidak cukup nikmat utk bersama kerana bahagian sulit semakin longgar.Kini , dia sungguh gembira bila merasakan satu “keajaiban” telah terjadi.Saya kini sungguh berbangga kerana hanya sebotol Bidadari telah membolehkan saya melaksanakan tanggung jawab dengan lebih sempurna.

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi cyb3ralam@gmail.com

Posted in Jual Beli | Leave a Comment »

Musim Nasihat Di Sana Sini

Posted by cyberalam on 9 June 2008

Banyak yang boleh kita (pemimpin) insafi dari petikan dibawah…

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir.

Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?” Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Pembaziran

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi.

Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperoleh ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai.

Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

E-mel: moasriza@yahoo.com

Layari http://drmaza.com/

Posted in Semasa | Leave a Comment »

Shanghai – April 08

Posted by cyberalam on 12 May 2008

Bullet Train

431km/h?

Persekitaran


Mesra Alam – Basikal dengan motosikal berkuasa bateri

Mutiara

Mahal – ambil gambar jer la..

Ulat Sutera

Posted in Cuti Cuti | Leave a Comment »

Perfmon on 2003

Posted by cyberalam on 12 April 2008

baru-baru ni ada sistem baru live di branch.. dan ini merupakan branch ke-2.. tidak seperti branch-1.. user complain slow access to system. based in processes.. tidak ada yang pelik.. processor usage biasa jer.. kadang2 spike pun less than 30%.. memory usage +-10% dr 3gb.. tp dalam perfmon.. page/sec kerap sangat tinggi.. kadang2 counter dia cecah 500-600 (aku duk cari counter ni based on apa yek?) – 500%?.. 500bytes?

aku googling around and semua mengatakan high page/sec tidak semestinya petunjuk memory tak cukup (10% je guna pun).. namun lepas tu dead end.. check pages input/sec pun tinggi.. pages output/sec seems normal.. tp aku tak jumpa kesimpulannya.. adakah RAM/HDD rosak? or setting pages tak betul.. atau mungkin sistem tu yang tak betul.. kalau sistem tak betul napa branch-1 ok jer..

kalaulah korang pernah mengalaminya atau ada idea nak mengatasinya.. harap dapatlah kongsi bersama

Screenshot 15.04.08 – mulanya ingat mungkin pasal antivirus tgh real time scan tapi bila stop services antivirus.. masih sama.. masalah ini berlaku tiap2 hari antara jam 9am – 11am. Processes yang ditunjuk dlm Task Manager dan IknowProcess tidak menunjukkan sesuatu yang mungkin menyebabkan masalah ini berlaku..

perfmon

Posted in IT | Leave a Comment »

Imigresen

Posted by cyberalam on 10 April 2008

Baru-baru aku pergi ke imigresen pusat bandar damansara untuk membuat passport antarabangsa. tak sampai 30 min semuanya selesai. lepas 2 jam passport tu akan siap. ini betul2 bagus. kalau dulu katanya kena tunggu sampai setengah hari untuk selesai dan passport pula hanya boleh diambil selepas 2 hari.

namun begitu masa menunggu untuk mengambil passport selepas 2 jam adalah lebih lama dari proses buat. mungkin masa tu cuma 1 dari 4 kaunter je yang buka.. tapi tak lama… aku sampai dalam kul 3.30.. lepas kul 4 baru semua kaunter tu dibuka.. derang pi minum agaknya.

Yang bestnya kat pasport tu.. tidak sah digunakan di ISRAEL! satu page penuh..

cuma kalau ada peruntukan.. cantik kan la sikit kawasan permohonan.. terasa macam dulu-dulu.. tak mesra pemandangan suasananya.

pasport

tahniah diucapkan kepada orang-orang gomen.

Posted in Kerajaan | Leave a Comment »

Main Futsal

Posted by cyberalam on 7 April 2008

5/4/08… Jumaat malam di samba de futsal… aku main futsal bersama dengan batch masa study di U dulu… kiranya untuk tahun ni.. ini first time bersport..

Dalam seminggu.. adalah 1-2 kali aku pergi jogging (weekend jer).. masa mula start jogging.. abis satu badan aku sengal-sengal.. sakit-sakit.. 2-3 hari gak baru hilang.. lepas tu.. sedap la jogging.. aku ingat takde la senario tu terjadi lagi lepas main futsal.. ialahkan.. maintain 1-2 kali jogging seminggu.. rupa2nya lagi teruk.. pancit memang la confirm.. esok bangun pagi badan sengal2 dan sakit.. tu toksah kira la.. hampir nak demam aku dibuatnya.. sib baik pagi ni bangun dah ok.. bleh lar pi kejer… malam tadi dah plan nak ambik MC… agaknya jogging ni lari perlahan2.. main futsal kena sprint..

oleh itu, nasihat aku.. kalau jogging tu kena mix… slow jog dgn sprint.. tak pun.. main skipping pun dah ok.. baik tuk kaki dengan jantung.

“bersukanlah untuk diri sendiri.. dengan sukan and menjadi sihat”

Posted in Kesihatan | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.